Latar Belakang

Mengenai Kami

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pentadbiran akademik universiti.

Pada Julai 2009, peranan Pejabat TNCAA telah dinaik taraf dan diperluas seiring dengan penubuhan Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran serta Pejabat Antarabangsa UMK. Pada masa yang sama, Bahagian Pentadbiran Akademik (BPA) di bawah naungan Pejabat Pendaftar juga telah dipindahkan di bawah portfolio TNCAA. 

Pada tahun 2022, Bahagian Strategik Pentadbiran diwujudkan di PTNCAA. Dengan penstrukturan semula organisasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk bergerak ke arah UMK sebagai universiti keusahawanan terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa akan tercapai dengan sokongan empat (4) entiti iaitu:

  1. Pusat Pengurusan Akademik
  2. Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik
  3. Pusat Antarabangsa UMK
  4. Bahagian Strategik dan Pentadbiran 

Entiti lain  yang menyokong portfolio Pejabat TNCAA adalah 10 fakulti dan 3 Pusat. Senarai fakulti dan pusat adalah seperti di bawah:

Senarai Fakulti dan Pusat

Selain itu, PTNCAA bertanggungjwab meningkatkan pembangunan dasar akademik, menggalakkan proses jaminan kualiti, meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pembangunan serta promosi program akademik di peringkat tempatan dan antarabangsa Universiti.

Asas kepada peranan TNCAA ialah pembangunan rangka kerja dan dasar pendidikan yang menyokong matlamat strategik Universiti melalui kepimpinan khususnya berkaitan PdP, usaha meningkatkan pengalaman pelajar serta pembangunan profesional yang berterusan untuk kakitangan akademik Universiti. 


Sepanjang tempoh penubuhan UMK sehingga kini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang dilantik adalah: 

  1. PROF. DR. AZIZUL HALIM BIN YAHYA (2008-2011)  
  2. PROF. DR. ROSELINA BINTI AHMAD SAUFI (2012-2015)
  3. PROF. DR. MOHD. HASSAN BIN MOHD. OSMAN (2015-2018) 
  4. PROF. DR. MOHD RAFI BIN YAACOB (2018-2021)
  5. PROF. DATO' DR. NIK MAHERAN BINTI NIK MUHAMMAD (2021-2024)  

 

About Us

Visi


Merintis pembangunan akademik dan pengantarabangsaan universiti dengan tujuan untuk membangunkan modal insan keusahawanan untuk kesejahteraan global

Misi


Membangunkan program pembelajaran berasaskan keusahawanan yang berkualiti, tenaga pengajar pakar dan profesional serta sistem pentadbiran akademik yang cemerlang serta mengukuhkan rangkaian akademik di seluruh dunia.

Objektif


  1. Meningkatkan prestasi pentadbiran universiti melalui budaya korporat untuk menyediakan penyelesaian pentadbiran yang cekap, berkesan dan professional.

  2. Menjamin maklumat dan rekod sentiasa bersepadu, lengkap, tepat dan selamat.

  3. Bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan penambahbaikan berterusan dalam pemantapan sistem kualiti oleh universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.

  4. Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan melalui perkhidmatan  akademik yang diberikan oleh entiti akademik.

  5. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat TNCAA.