Duta akademik atau dikenali Kelab SIGMA dipilih dalam kalangan pelajar yang cemerlang untuk menjadi mentor kepada rakan-rakan dalam meningkatkan prestasi akademik. Selain itu, menghubungkan UMK dengan pihak luar terutama seperti golongan ibu bapa dan  bakal pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke UMK.

Pemilihan duta akademik adalah dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik dan juga bukan akademik. Pelajar yang mempunyai CGPA 3.7 ke atas adalah diberikan keutamaan untuk dilantik sebagai duta akademik. Seramai 27 orang Duta Akademik UMK telah dipilih melalui proses temuduga dan yang telah berjaya ini telah dilantik berkuatkuasa pada 1 Julai 2023. 

Tahniah diucapkan kepada semua duta akademik daripada ketiga-tiga kampus iaitu UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli!