Universiti Malaysia Kelantan telah diberi kepercayaan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk melaksanakan program bersifat “capacity building program” yang seiring dengan tiga teras strategi utama yang telah digariskan oleh KPT iaitu:
Geran berjumlah RM550,000.00 telah diterima oleh Universiti Malaysia Kelantan melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa untuk melaksanakan program University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UniLEEB). UniLEEB merupakan modul siri khusus dan komprehensif yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dalam keusahawanan bagi tenaga pengajar, pembimbing keusahawanan serta pentadbir di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.
Sebanyak dua (2) kohot melibatkan lebih 70 orang peserta yang merupakan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan universiti awam dan swasta serta Pentadbir Gred 48 ke atas telah berjaya menamatkan modul latihan yang telah bermula sejak November 2019.
Kohot ketiga program UniLEEB sedang berlangsung melibatkan 22 orang peserta yang rata-ratanya memegang jawatan sebagai Pengarah/ Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan serta Pengarah/ Timbalan Pengarah Pusat Zakat, Wakaf dan Endowmen dari Universiti Awam seluruh Malaysia.
Objektif UniLEEB adalah memberi penekanan asas kepada konsep minda yang perlu dalam membina kepakaran perniagaan dan memahami secara holistik apa yang diaspirasikan oleh kementerian iaitu pembudayaan minda keusahawanan.
Tiga modul yang dibangunkan oleh pasukan UMK adalah:
Modul 1: Developing Entrepreneurial Mindset (E-Mind) memberi tumpuan kepada pembangunan mindset keusahawanan yang holistik.
Modul 2: Change Leadership (E-Lead) memberi tumpuan kepada pembinaan karektor pemimpin keusahawanan sebagai peneraju perubahan di institusi.
Modul 3: Business Innovation (I – Bus) memberi tumpuan kepada pembangunan pemimpin yang bakal meneraju aktiviti keusahawanan berteraskan inovasi khususnya di universiti.