Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Pengurusan Akademik (PPA) pertama kali ditubuhkan di UMK pada 15 Januari 2007 di bawah Jabatan Pendaftar. PPA pertama kali menguruskan pengambilan pelajar kumpulan pertama UMK bagi kemasukan Sesi Akademik 2007/2008 iaitu seramai 296 orang pelajar. Pada awal tahun 2007, kumpulan staf yang pertama kali menguruskan PPA ialah seorang Penolong Pendaftar Kanan dan seorang Pembantu Tadbir (P/O). BPA mulai berkembang sebagai sebuah bahagian yang menguruskan hal ehwal akademik prasiswazah di UMK. Bermula tahun 2014 sehingga kini, PPA telah dipindahkan untuk berada di bawah tanggungjawab Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarbangsa). Manakala bermula 3 Oktober 2021, PPA kini diterajui oleh seorang ketua jabatan iaitu Pengarah Akademik. Senarai seksyen di bawah BPA adalah seperti berikut:

      1. Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Jubah (SKJ)
      2. Seksyen Promosi, Data dan Rekod Pelajar dan Pengurusan Kualiti (SPDR)
      3. Seksyen Pengambilan Pelajar Tempatan dan Antarabangsa (SAP)
      4. Seksyen Penjadualan, Ruang PdP dan Penasihatan Akademik (SPRP)
      5. Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan (SPP)

Sebagai entiti pentadbiran terpenting di UMK yang bertanggungjawab menguruskan enrolmen pelajar iaitu sumber utama penjanaan pendapatan Universiti, PPA juga telah diamanahkan untuk menjaga (2) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarbangsa) seperti berikut: 

i) Peratusan iGOT di peringkat Sarjana Muda (OBB);

ii) Peratusan keciciran pelajar pada peringkat Sarjana Muda (OBB).

About Us

Visi


Menjadi peneraju dalam Pentadbiran Akademik yang berkualiti

Misi


Memperkasakan Pentadbiran Akademik agar kekal Relevan dan Dinamik dalam memberikan Perkhidmatan Akademik yang Cekap dan Berkesan sejajar dengan perkembangan Universiti

Objektif


Memberikan perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Akademik yang Efektif dan Efisyen kepada semua Pemegang Taruh Universiti selaras dengan Misi dan Visi Universiti Malaysia Kelantan