DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF KUALITI

DASAR KUALITI:  

“KAMI KOMITED DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TINGGI BERKUALITI DAN MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI UNTUK MEMENUHI KEPUASAN DAN JANGKAAN PELANGGAN SERTA PIHAK BERKEPENTINGAN”.

Dasar kualiti ini menyediakan rangka kerja kepada semua bahagian/ seksyen/ unit dalam membangun, menilai dan mencapai objektif kualiti Bahagian Pentadbiran Akademik seperti berikut:

OBJEKTIF KUALITI:  

1.    Mensasarkan 60% unjuran pelajar baharu mengikut saranan Universiti terhadap pengambilan pelajar baharu UMK.

2.    Menyediakan kalendar akademik komprehensif untuk kelulusan Senat bagi semester satu (1) dan dua (2).

3.    Memastikan jadual kuliah dipaparkan tiga (3) minggu sebelum sesi kuliah bermula.

4.    Memastikan 90% pelajar kanan membuat pendaftaran kursus (pra dan wajib) sebelum sesi perkuliahan bermula.

5.    Memastikan 90% pelajar baharu membuat pendaftaran kursus setelah membuat pembayaran yuran seperti ditetapkan.

6.    Memastikan proses rekod pelajar (tangguh pengajian, tarik diri, tukar program, pengurangan yuran) dikemaskini mengikut kategori permohonan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

7.    Memastikan keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan dua (2) hari bekerja selepas diperakukan oleh Mesyuarat JKTS Peperiksaan.

8.    Memastikan sijil dan transkrip akademik boleh diambil oleh graduan sebaik sahaja majlis konvokesyen selesai.