PIAGAM PELANGGAN

Kami berazam, bertekad dan berjanji untuk menghasilkan perkhidmatan akademik yang berkualiti serta melaksanakan segala hak yang termaktub kepada semua pelanggannya secara profesional, beretika dan berintegriti dengan:

ORANG AWAM

i.    Membuka portal Admission Intake untuk semakan keputusan permohonan ke Universiti Awam dalam masa 3 hari selepas pengumuman Semakan UPU.

ii.    Menyediakan surat tawaran kemasukan pelajar prasiswazah dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pengumuman Semakan UPU.

iii.    Memastikan aduan dan pertanyaan pelanggan dikendalikan atau diberikan maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

PELAJAR

i.    Memaparkan Jadual Waktu Akademik bagi setiap semester satu (1) minggu sebelum kuliah bermula.

ii.    Memproses tempahan ruang/ dewan kuliah dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh penerimaan tempahan.

iii.    Menyedia dan memaparkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir pada minggu ke-12 perkuliahan sebelum minggu pentaksiran akhir.

iv.    Mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas perakuan keputusan peperiksaan dalam Mesyuarat JKTS Peperiksaan.

v.    Menyediakan surat pengesahan tamat pelajar selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja bermula dari tarikh menerima permohonan pelajar.

vi.    Memastikan senarai nama pelajar yang layak bergraduat dimasukkan dalam laman sesawang konvokesyen tiga (3) minggu sebelum Istiadat Konvokesyen.

vii.    Memastikan sijil dan transkrip akademik boleh diambil oleh graduan sebaik sahaja Istiadat Konvokesyen selesai.

 

STAF AKADEMIK

i.    Memastikan 100% pelajar yang memenuhi syarat pengijazahan termasuk dalam senarai layak bergraduat.