PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)

Pusat Pengurusan Akademik (PPA) merupakan penggerak utama universiti dan bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran, maklumat rekod, peperiksaan, pengijazahan pelajar serta urusan-urusan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti hal ehwal akademik universiti. 

Portal Rasmi: Pusat Pengurusan Akademik

 

PUSAT KECEMERLANGAN DAN PEMBANGUNAN AKADEMIK (PKPA)

Fungsi PKPA adalah untuk mengurus hal-hal berkaitan inovasi pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan akademik, pembangunan kurikulum dan pentaksiran dan penilaian akademik.

PKPA mempunyai empat (4) unit utama, iaitu:

Portal Rasmi: Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik 

 

PUSAT ANTARABANGSA UMK 

Selain menjadikan pengambilan pelajar antarabangsa sebagai tumpuan lazim kami, Pusat Antarabangsa UMK menggalakkan perkongsian global antara UMK dan universiti atau institut di luar negara. Selain itu, sokongan padu terus diberikan kepada mobiliti pelajar dan kakitangan yang meningkatkan keterlihatan Universiti dan reputasi antarabangsa. Pelbagai program utama dan inisiatif dalaman sedang diteruskan untuk memperkukuh peranan UMK Antarabangsa dan yang paling utama menginstitusikan pengantarabangsaan dalam UMK secara berterusan.

Portal RasmiPusat Antarabangsa UMK

 

BAHAGIAN STRATEGIK DAN PENTADBIRAN (BSP)

Bahagian Strategik dan Pentadbiran (BSP) berperanan menguruskan urusan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (TNCAA) merangkumi pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, governan, pengurusan kualiti dan lain-lain urusan yang melibatkan reputasi Pejabat TNCAA. Selain pentadbiran, BSP juga diwujudkan untuk menjadi bahagian yang bertanggungjawab merangka dan melaksanakan program/ aktiviti strategik dalam aspek akademik dan antarabangsa merangkumi membangunkan pelan tindakan strategik, pemantauan KPI, pelaksanaan program/aktiviti yang menjurus kepada memartabatkan serta meningkatkan Kecemerlangan akademik dan antarabangsa Universiti. BSP juga berperanan sebagai sekretariat Mesyuarat Senat Universiti dan Istiadat Konvokesyen UMK.