Kami warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan; 

Pelajar

Menyediakan pendidikan yang berkualiti setara dengan piawaian global dan menjamin peluang kerjaya yang cemerlang dalam semua disiplin yang diceburi. 

Staf Akademik 

Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan latihan yang berkomprehensif.  

Fakulti

Memberi nilai tambah fakulti dalam menyediakan program yang diiktiraf dan mempunyai nilai kebolehpasaran. 

Masyarakat dan Industri

Menjadikan universiti relevan kepada masyarakat yang dalam usaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi, budaya dan pengukuhan jati diri, bangsa dan negara, di samping memastikan industri menjadi rakan pintar meningkatkan penjanaan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan para graduan. 

Maklum Balas/ Pertanyaan/ Cadangan

Mengesahkan penerimaan aduan, cadangan dan/ atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan universiti dan PTNCAA dalam tempoh 24 jam. Mengambil tindakan terhadap aduan, cadangan dan/ atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan tidak melebihi lima (5) hari bekerja.