Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang melayari laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Ia juga sebagai medium untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat dan warga UMK berhubung perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti khususnya melibatkan hal ehwal akademik dan pengantarabangsaan.

Saya berharap laman web ini dapat memberikan maklumat dan panduan yang menyeluruh kepada pengunjung. Segala maklum balas adalah dialu-alukan bagi meningkatkan kualiti maklumat dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih. 

Profesor Dato' Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Universiti Malaysia Kelantan