Terjah Minda Padu Jiwa Pejabat TNCAA merupakan inisiatif penyebaran kata-kata motivasi yang diterbitkan setiap minggu oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Mesej ini bertujuan menyuntik semangat positif, menggalakkan pemikiran kreatif, memperkukuh nilai integriti serta memupuk jiwa kerja yang berdaya saing dalam kalangan warga Universiti.
Petikan 1: "Teruskan usaha perkukuhkan akar walaupun masih yang menghiasi pucuk"
Petikan 2: "Semasa mendaki hormatilah setiap orang yang kita jumpai kerana akan bertemu mereka semula dalam perjalanan turun ke bawah"
Petikan 3: "Kadangkala kita berasa besar apabila berada di puncak bukit. Walhal orang di bawah nampak kita kecil sahaja"
Petikan 4: "Sekiranya setiap ruang dalam hati kita dipenuhi dengan kebergantugan kepada Allah SWT, kita tidak menggeruni manusia"
Petikan 5: "Jiwa yang kecil umpama perahu kecil yang karam dipukul badai sebelum sampai ke tujuannya"
Petikan 6: "Kita adalah mutiara, gilaplah setiap hari. Bersinarnya mutiara buka untuk perhatian orang lain, namun untuk ketenangan diri"
Petikan 7: "Kuasa memilih adalah manifestasi akal. Kita boleh pilih menjadi ayam berkokok riuh sekampung setiap hari atau helang yang berupaya terbang tinggi"
Petikan 8: "Berdikari mencari sumber ilmu yang benar dan sahih. Merdekakan diri daripada berfikiran dangkal"
Petikan 9: "Hidup bersendirian akan mengundang sepi dan kesepian itu akan membunuh kewarasan diri dalam berfikir"
Petikan 10: "Menuntut ilmu secara jalan pintas, bukan setakat gagal mengharungi lautan yang luas, di gigi air pun sudah rebah tersungkur"