05-Mar-2024

Program OnBoarding Dekan dan Pengarah Akademik UMK

Setiu, 28 Februari 2024 | Usaha berterusan gerak kerja hala tuju kecemerlangan akademik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam mencapai sasaran KPI yang ditetapkan oleh UMK amat signifikan berlandaskan perkembangan terkini landskap pendidikan tinggi negara.

Selaras dengan objektif tersebut, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) PTNCAA telah menganjurkan Program OnBoarding Dekan dan Pengarah Akademik UMK dengan kehadiran dekan, timbalan dekan (akademik) dan pengarah PTj akademik bertempat di Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2024. Penyusunan modul-modul bagi program sepanjang tiga hari ini melibatkan slot refleksi 2023, penetapan KPI 2024, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan dan slot kepimpinan dan kerja berpasukan.

Antara isi penting bagi pengisian Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi program ini adalah seperti penetapan kurikulum terbuka, integrasi program pengajian, ODL dan APEL, penawaran private wing, program pesisir dan pusat pembelajaran, Strategic Business Unit (SBU), lifelong learning, program baharu, semakan kurikulum, Hibrid dan Fleksibel (HyFlex), peningkatan pelajar pascasiswazah, penawaran program fast track (PhD/DBA) dan isu pengantarabangsaan seperti program mobiliti, penambahan pelajar pra dan pascasiswazah antarabangsa).

Selain daripada pembincangan dan pembentangan dalam kumpulan, para peserta juga menyertai slot kepimpinan dan kerja berpasukan dalam bentuk program outdoor seperti flying fox, water rafting dan jungle trekking. Program outdoor ini memberikan pengalaman yang berharga kepada para peserta selain memupuk semangat setiakawan yang lebih jitu dan mengurangkan tekanan kerja di pejabat.

Para peserta juga didedahkan dengan slot kerohanian yang disampaikan oleh Dr. Burhan, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Insaniah (FBI). Beliau menyampaikan tadabbur Quran surahAl-Muzzammil , ayat 1 hingga 10.

“Amat diharapkan, di akhir program ini, para dekan dan pengarah akademik akan bersama-sama mengemblengkan usaha memacu kecemerlangan akademik di UMK. Strategi komunikasi dan semangat berpasukan utuh dalam kalangan peserta program yang terdiri daripada para dekan fakulti, pengarah PTj akademik dan juga timbalan dekan akademik dapat terus ditingkatkan.” kata Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran binti Nik Maheran, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

#tncaaumk

#KeluargaUMK

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#TNCAAUMK #UMKmedia

07-Apr-2024

ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)