Terjah Minda Padu Jiwa Pejabat TNCAA is an initiative for the dissemination of motivational messages published weekly by the Office of the Deputy Vice-Chancellor (Academic and International). This message aims to instill positive spirit, encourage creative thinking, strengthen the value of integrity, and cultivate a competitive work ethic among members of the University.

 

Article 1: "Teruskan usaha perkukuhkan akar walaupun masih yang menghiasi pucuk"

 

Article 2: "Semasa mendaki hormatilah setiap orang yang kita jumpai kerana akan bertemu mereka semula dalam perjalanan turun ke bawah"

 

Article 3: "Kadangkala kita berasa besar apabila berada di puncak bukit. Walhal orang di bawah nampak kita kecil sahaja"

 

Article 4: "Sekiranya setiap ruang  dalam hati kita dipenuhi dengan kebergantugan kepada Allah SWT, kita tidak menggeruni manusia"

 

Article 5: "Jiwa yang kecil umpama perahu kecil yang karam dipukul badai sebelum sampai ke tujuannya"

 

Article 6: "Kita adalah mutiara, gilaplah setiap hari. Bersinarnya  mutiara buka untuk perhatian orang lain, namun untuk ketenangan diri"

 

Article 7: "Kuasa memilih adalah manifestasi akal. Kita boleh  pilih menjadi ayam berkokok riuh sekampung setiap hari atau helang  yang berupaya terbang tinggi"

 

Article 8: "Berdikari mencari sumber ilmu yang benar dan sahih. Merdekakan diri daripada berfikiran dangkal"

 

Article 9: "Hidup bersendirian akan mengundang sepi dan kesepian itu akan membunuh kewarasan diri dalam berfikir"

 

Article 10: "Menuntut ilmu secara jalan pintas, bukan setakat gagal mengharungi lautan yang luas, di gigi air pun sudah rebah tersungkur"

 

Article 11: "Buah yang sedikit  buruk jika diberi percuma, masih boleh diterima. Namun jika ilmu itu ada buruknya, janganlah diterima walau percuma"

 

Article 12: "Jika berdamai dengan dunia, tentunya kita tidak letih mengejarnya. Dunia akan bersama dengan kita sewaktu susah dan senang"

 

Article 13: "Apabila bercakap tentang hak diri sendiri, ramai yang lupa hak orang lain, kendurkan sifat ego yang boleh meracuni diri"

 

Article 14: "Sesungguhnya sifat bangga diri akan zahirkan lebih banyak prejudis. Sifat bangga dan prejudis adalah toksik dalam diri"

 

Article 15: "Sekiranya kita berprinsip, tetap tenang membuat keputusan atau pilihan, walaupun kurang disenangi oleh pihak berkepentingan"

 

Article 16: "Cahaya kebijaksanaan dan kematangan akan menyerlahkan mereka dalam mendepani kehidupan penuh ketidaktentuan"

 

Article 17: "Muhasabah diri perlu dilakukan dari semasa ke semasa, ingatlah kenyakinan akan terhakis tanpa usaha memperteguhkannya"

 

Article 18: "Mereka yang mendalami seni kehidupan boleh menikmati hidup dengan baik dan berterusan hidup dengan tenang"

 

Article 19: "Kebahagiaan bukannya sekadar dipermudahkan segala urusan, namun berjaya mengharungi badai dengan tenang dan redha"

 

Article 20: "Kelompok yang sentiasa mencari jalan dan peluang untuk bergerak ke hadapan dengan meracuni golongan menegakkan kebenaran adalah spesis parasit sangat berbahaya"

 

Article 21: "Kecelakaan besar dalam kehidupan ialah ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bagaikan tanah tidak menyerap air"

 

Article 22: "Jangan biarkan hidup kita dipengaruhi persekitaran, perlu serius menakhoda kehidupan dengan prinsip yang tegas"

 

Article 23: "Apabila kita berpaksikan kebenaran, kita tidak akan terima semua dan tolak semua. Kita terima hanya yang benar walaupun pahit"

 

Article 24: "Kegagalan menguasai kemahiran berfikir dengan baik menyebabkan kita sangat rapuh mengemudi diri sendiri"

 

Article 25: "Kesabaran bukanlah kita bersikap pasif, sebaliknya kita perlu aktif dalam menguruskan tatakelola emosi, kawalan diri dan penyesuaian kognitif"

 

Article 26: "Tanpa jiwa yang kuat kita tidak akan dapat harungi ujian hidup dengan baik dan lancar"

 

Article 27: "Percayalah, apabila kerap diuji, rasa bangga sudah menjauhi diri, sebaliknya amanah pula membebani"

 

Article 28: "Golongan pemikir terasnya berakhlak mulia. Jika sebaliknya, mereka hanyalah pemikir untuk penuhi santapan nafsu semata-mata"

 

Article 29: "Sibuk kerana mengikut perancangan adalah jauh berbeza dengan sibuk tanpa merancang"

 

Article 30: "Orang hebat tidak mengatakan dirinya hebat dan tidak menonjol dirinya nampak hebat, namun diakui hebat oleh kebanyakan orang"

 

Article 31: "Selagi tidak ada keazaman yang teguh untuk melakukan perubahan yang terbaik pada masa hadapan, kita akan berterusan dibelenggu"