28-Mar-2023

Zon EKSA Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok


Warga kerja staf Pejabat Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok positif dalam mewujudkan ekosistem kondusif. Mereka yang terdiri daripada staf PPA, BSP, PKPA dan disertai oleh staf PPQ memberikan kerjasama yang baik dalam mesyuarat pertama Zon Dewan Tuanku Canselor (DTC) dalam pelaksanaan EKSA UMK. Ketua Zon EKSA bagi Zon DTC iaitu En. Mohd Zulfadli Mat Husin, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah mengadakan satu mesyuarat awal bersama semua warga kerja Zon DTC pada 26 Mac 2022 di bilik seminar 2, Kompleks Dewan Kuliah. Mesyuarat tersebut bertujuan memberi gambaran awal berkenaan pelaksanaan EKSA di Zon DTC selain menerangkan secara ringkas konsep dan amalan terbaik EKSA. Beliau turut menekankan faedah-faedah yang akan diperolehi hasil daripada pelaksanaan EKSA ini seterusnya memberi galakan kepada semua staf agar memberikan kerjasama dan dedikasi untuk bersama-sama menjayakan EKSA ini.





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)