05-Apr-2023

Lawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ke Mirage Residence, Kuala Lumpur


31 Mac 2023 (Jumaat) - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah meluangkan masa berkunjung ke Mirage Residence, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pelajar antarabangsa dari Wuxi, China. Sesi pertemuan turut diisi dengan sesi penerangan Program Bahasa Inggeris dan lawatan ke ruang Pengajaran dan Pembalajaran. Turut hadir adalah Dekan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) dan pasukan serta Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa UMK.

Sebaik sahaja selesai sesi bersama pelajar, TNCAA telah mengadakan perbincangan bersama Premier Asia Ecocapital Berhad berhubungan program kerjasama kedua-dua pihak. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal bin Wan Ishak, wakil Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT).

Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar. In Sha Allah 





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)