11-Jun-2023

Program Youth Innovator Community Network (ICoN2023)


13 April 2023 (Khamis) - YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah merasmikan Program Youth Innovator Community Network (ICoN2023) yang dianjurkan oleh Jabatan Persediaan Sains UMK bertempat di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli. ICoN2023 juga akan menampilkan figura UMK yang tidak asing lagi iaitu Profesor Emiratus Dato’ Dr. Hj. Ibrahim Che Omar yang juga merupakan pengasas bagi program Asasi Sains UMK. Melalui ucaptama yang bertajuk Pengenalan kepada Inovasi.

Jabatan Persediaan Sains UMK berhasrat untuk menjadikan program ICoN ini sebagai satu lagi program pertandingan inovasi 'Signature' di UMK yang akan memperkasakan jaringan komuniti pencipta muda di Malaysia bermula daripada kategori Pra-Universiti, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Keseluruhan pempamer yang terlibat adalah sebanyak 81 buah kumpulan yang merangkumi 22 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Kelantan.





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)