05-Apr-2023

Perbincangan bersama wakil Management & Science University (MSU)


9 Mac 2023 (Khamis)-Sesi perbincangan bersama wakil Management & Science University (MSU) bertempat di MSU, Shah Alam, Selangor.

Delegasi UMK telah diketuai oleh Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Turut hadir ialah Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Bin Abdullah,Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Ts. Dr. Muhammad Luqman Bin Nordin, Ketua Jabatan Pengajian Klinikal, Fakulti Perubatan Veterinar dan wakil wakil-wakil fakulti.

Manakala delegasi MSU diketuai oleh Professor Dr. Abdul Jalil Ghazali , Senior VP for Industry Linkages & Entrepreneurship.

Antara agenda yang dibincangkan ialah kerjasama akademik di antara MSU dan UMK melalui Program Mobiliti Berkredit 2u2i UMK-MSU, Program Bootcamp Keusahawanan serta Program Kerjasama Doktor Perubatan Veterinar melalui Private Wing UMK MSU DVM+ Offshore.

Semoga usaha ini membuahkan hasil.





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)