22-Mar-2023

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menerima kunjungan daripada Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)


20 Mac 2023 (Isnin)-Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menerima kunjungan daripada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). AKEPET ke Universiti Awam (UA) ini merupakan salah satu aktiviti tahunan AKEPT dalam usaha mendekati UA serta menyebarluaskan peranan yang dimainkan oleh AKEPT diperingkat Nasional. Selaku peneraju utama dalam agenda pemerkasaan kelompok kepimpinan pendidikan tinggi, AKEPT perlu memastikan peranan UA diperkasakan terutamanya dalam bidang pengurusan dan pembangunan bakat kepimpinan pendidikan tinggi.

Dengan tanggungjawab ini, Pusat Pemprofilan Kepimpinan AKEPT yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah telah mengadakan sesi libat urus bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi berkongsi dengan Pengurusan Tertinggi, Penyelaras Bakat UMK serta Bakat-Bakat Muda UMK berkenaan dengan kaedah pemprofilan yang dilaksanakan oleh AKEPT. Pada masa yang sama menekankan kepentingan dan keperluan untuk bakat muda menjalani pemprofilan bagi memastikan pelaksanaan bidang kepimpinan institusi dan pelan penggantian dapat disediakan serta mengikut proses yang ditetapkan.





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)