Alhamdulillah telah selesai Mesyuarat Pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Bilangan 1 tahun 2023.
Mesyuarat Pengurusan Pejabat TNCAA ini adalah salah satu platform perbincangan bersama pegawai-pegawai di Pejabat TNCAA untuk menyelaras aktiviti berkaitan akademik dan antarabangsa, perancangan PTj, KPI TNCAA dan lain-lain berkaitan.
Ybhg. Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada pegawai baru yang telah menyertai keluarga TNCAA dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga kita yang telah bertukar ke pejabat lain.