24-Aug-2023

Kunjungan hormat daripada Yayasan Sarawak


31 Julai 2023 (Isnin) I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sarawak bertujuan untuk membincangkan kerjasama akademik antara kedua- dua belah pihak.

Delegasi UMK telah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa ) manakala delegasi Yayasan Sarawak diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli Pengarah Yayasan Sarawak. Turut hadir ialah Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Dr. Mohd Farhan Hanif Bin Reduan.

Pihak delegasi juga turut dibawa untuk melawat ke Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK yang terletak di Kampus Bachok. Pihak delegasi dibawa untuk melihat pengoperasian HPVUMK yang dimana menjadi salah satu tempat pembelajaran pelajar bagi program pembelajaran Doktor Perubatan Veterinar di UMK.

Selain daripada itu, pihak delegasi juga turut dibawa untuk melawat makmal-makmal perubatan veterinar yang terletak di UMK Kampus Kota. Pihak delegasi berpeluang untuk melawat Makmal Akuatik, CATeL FPV UMK, Exotel dan juga Bilik Simulasi.





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)