05-Oct-2022

Bengkel Penyelarasan Akhir Garis Panduan Pembangunan Akademik dan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (P&P) PKPA


Bersesuaian dengan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ia tidak hanya tertumpu pada e-pembelajaran tetapi merangkumi pelbagai teknik penyampaian dan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Dokumen terasnya ialah penyediaan dasar, garis panduan dan amalan terbaik inovasi pengajaran dan pembelajaran. Ia sesuai untuk rujukan para akademik, pensyarah, pelajar dan lain-lain universiti awam.

Bengkel yang direncanakan untuk membangun Garis Panduan merangkumi penyediaan dokumen yang berkaitan pembangunan program akademik baharu, semakan kurikulum bagi program sedia ada serta perubahan maklumat program. Garis panduan ini diharapkan dapat membantu fakulti dalam menyediakan dan melengkapkan dokumen permohonan dan seterusnya melicinkan lagi proses berkaitan pembangunan program akademik di UMK.

Antara lain ia dapat memastikan permohonan program baharu perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) dan standard program.




ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)