05-Apr-2023

Perutusan Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan Tinggi (KPT)


30 Januari 2023 | Perutusan Tahun Baharu 2023 YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT)

UMK mewakili 19 UA yg lain telah diberi penghormatan oleh YBM & KPT untuk berinteraksi secara atas talian melalui Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad.

YBM telah menyematkan 11 azam beliau bagi mengurus dan mengelola KPT dan sektor pendidikan tinggi nasional seperti berikut;

1️⃣ KPT dan semua agensi di bawahnya mesti menterjemahkan aspirasi nasional secara tegas, tuntas dan tepat.

2️⃣ Menterjemahkan pelbagai dasar dan program nasional, KPT akan bersikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal

3️⃣ Menilai semula kedudukan Kementerian ini secara keseluruhan. Baik dari segi kemampuan, prestasi pencapaian mahupun misi masa depannya.

4️⃣ Memperkukuh kekuatan sumber intelektual Malaysia.

5️⃣ Melihat dan membuat persediaan bagaimana kita harus mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi yang sangat memberi kesan kepada rencana dan pelan pendidikan tinggi kita.

6️⃣ Memperkukuh peranan Malaysia sebagai ‘the lynchpin’ ini. Yang menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global

7️⃣ melakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem dan ekosistem TVET nasional.

8️⃣ Memastikan kepentingan IPTS dalam sektor pendidikan tinggi akan menjadi sektor keberhasilan penting negara.

9️⃣ Mengembalikan semula kecemerlangan akademik kita ke tahap yang lebih tinggi, bermutu dan dihormati.

🔟 memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan.

1️⃣1️⃣ Pemerkasaan mahasiswa mesti dilihat dalam konteks yang lebih besar. Memberi lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan adalah salah satu daripadanya.

 

 

 





ARCHIVE
2024
April (3)
March (8)
January (6)
2023
October (10)
August (14)
June (31)
April (6)
March (25)
February (1)
2022
October (3)