Pengajuran 1st- eTeLIC 2020 Mendapatkan Sambutan Di luar Jangkaan dan Membanggakan.

21 September | Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali telah melangkar satu sejarah di mana telah mengadakan satu karnival dalam talian sepenuhnya yang merupakan julung-julung kali dilaksanakan di kalangan Universiti Awam (UA).

Bertema Teaching enhancement & Learning Innovation Carnival (1st e-TeLIC 2020) – New Norm : Cultivating Online Learning , PKPA berjaya mengumpulkan seramai 140 penyertaan dari seluruh UA. Penyertaan ini telah terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :

Kategori  A       :           Asynchronous Online Learning

Kategori  B       :           Synchronous Online Learning

Kategori  C       :           Learning Management System (eCampus – Innovative)

Kategori  D       :           Low-Bandwidth Online Learning Innovation

Kategori  E       :           eAssessments

Kategori  F       :           New Ideas of Teaching and Learning Innovation

Kategori  G      :           (Deputy Vice Chancellor(Academic & International) Special Award : Innovative Course Info/Content/Scheme of Work (S.O.W)

Karnival ini telah memberi peluang kepada semua peserta untuk menampilkan idea serta inovasi baru mereka dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran khususnya pada norma baharu. Selain daripada itu, carnival ini juga telah menyediakan sesi perkongsian oleh tiga orang pakar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Jemputan pakar pertama adalah wakil daripada Ms. Lim Lee Yee, Director School Of Life Skills & Communication Singapore Polytechnic Singapore, Prof. Madya. Dr. Shahrul Mizan Bin Ismail Timbalan Dekan (Networking & Income Generation) Faculty Of Law Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan wakil daripada industri.

1st e-TeLIC 2020 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMK). Dalam masa yang sama, YBhg TNCAA telah menzahirkan rasa teruja dan gembira dengan kejayaan carnival yang telah diadakan.

Tambahan beliau lagi, menerusi pendekatan ini diharap akan dapat melahirkan para akademik yang lebih berdaya saing dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian norma baharu tanpa alasan.

Pengarah PKPA, YBhg. Prof. Dr. Suria Binti Baba telah memberitahu, 1st e-TeLIC adalah merupakan karnival yang diadakan setiap tahun, namun begitu 1st e-TeLIC 2020 ini adalah merupakan carnival yang paling istimewa kerana ianya merupakan carnival dalam talian sepenuhnya yang julung-julung kali diadakan. Perancangan rapi telah dibuat bagi memastikan kesilapan dapat dikurangkan semasa perjalanan karnival. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada urusetia serta ahli jawatankuasa, para juri dan staf yang terlibat dalam menjayakan 1st e-TeLIC 2020 ini.

Menurut Pengarah PKPA lagi, pada 1st e-TeLIC 2020 yang diadakan ini telah mengetengahkan  beberapa elemen seiringan dengan norma baharu iaitu :

  1. Penggunaan kos yang rendah (low cost), paperless & full online.
  2. Persaingan yang sengit antara peserta yang terdiri daripada kalangan (Universiti Awam, IPTS, Politeknik dan sekolah-sekolah)
  3. Penjurian yang tinggi dan berkualiti. Para juri adalah terdiri daripada Pemenang International University Carnival in E Learning (IUCEL), Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan (AKRI), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), ahli –ahli Majlis Meja Bulat eLearning IPTA (MeIPTA) dan lain-lain.

Leave a Reply