PKPA Akan Menganjurkan Teaching Enhancement Learning Innovation Carnival (TeLIC) 2020

TeLIC 2020 adalah kesinambungan daripada TeLIC 2018-2019 yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya daripada para pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Karnival ini akan berlangsung pada 21 September 2020. Namun begitu, TeLIC pada kali ini akan menggunakan pertandingan secara atas talian bagi memenuhi kriteria Norma Baru.

TeLIC 2020 adalah terbuka kepada semua pendidik, pensyarah serta pelajar di seluruh institusi pendidikan tinggi/rendah. Khususnya kepada peserta-peserta daripada UMK yang berjaya dalam TeLIC 2020 nanti akan tersenarai dalam International University Carnival of ELearning yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia.

Sila ke page berikut (TeLIC) untuk maklumat selanjutnya mengenai TeLic 2020.

PKPA 2020

Leave a Reply