Majlis Apresiasi Taskforce & Fasilitator eLearning UMK

BACHOK 17 Ogos | Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) telah mengadakan Majlis Apresiasi Taskforce eLearning & Facilitator eLearning (FaCEL) PKP-Covid 19. Majlis adalah antara lain untuk memberikan penghargaan kepada para pensyarah dan pentadbir yang telah memberikan komitmen dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (pdpdt) sepanjang tempoh pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18hb Mac 2020.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi (Naib Canselor) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan turut hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBhg. Prof. Dr Mohd Rafi Bin Yaacob.   Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, komitmen yang telah diberikan dan ditunjukkan oleh para pensyarah dan pentadbir dalam pelaksanaan pdpdt sepanjang PKP adalah cukup membanggakan. Beliau turut menzahirkan rasa bangga kepada pihak PKPA yang tidak henti-henti melaksanakan latihan, kajian serta tunjuk ajar khususnya dalam pdpdt serta telah mengangkat mutu pdpdt UMK kepada tahap yang lebih tinggi.  

Tambah beliau lagi, elemen-elemen ini sedikit sebanyak telah menjadi pemangkin kepada peningkatan unjuran pelajar bagi kemasukan Oktober 2020 nanti. Beliau percaya usaha ini mampu merealisasikan visi dan misi UMK untuk menjadi sebuah universiti yang disegani dan menjadi contoh kepada universiti awam (UA) yang lain.

Prof. Dr. Suria Binti Baba, Pengarah PKPA telah memaklumkan kepada kesemua yang hadir bahawasanya kerja keras ini tidak akan menemui kejayaan sekiranya tiada kerjasama serta komitmen yang jitu daripada para pensyarah dan pentadbir. Beliau turut memberitahu semua staf khususnya staf PKPA dan juga Taskforce eLearning telah bekerja hampir setiap hari dan setiap masa di sepanjang pelaksanaan PKP meskipun menerusi konsep bekerja dari rumah bagi memastikan pdpdt UMK tidak terabai dan ketinggalan.

Pengarah PKPA juga memaklumkan kepada Naib Canselor UMK mengenai pencapaian pdpdt di sepanjang pelaksanaan PKP telah meningkat kepada 100% secara atas talian. Tambah beliau lagi, PKPA kini sedang dalam penyediaan dan pelaksanaan eLearning server Cloud dalam persediaan platform eLearning yang lebih optimum dan terkini.

Dalam majlis ini juga turut sama perasmian buku eLearning Pengajaran dan Pembelajaran UMK oleh Naib Canselor UMK. Buku ini menjadi rujukan dan panduan kepada para pensyarah UMK dalam melaksanakan pdpdt.   Buku ini telah dibangunkan hasil daripada beberapa siri bengkel dan perbincangan serta rujukan-rujukan daripada UA lain sebelum mampu menjadi panduan dan rujukan pdpdt kepada UMK.  

Teaching Enhancement Learning Innovation Carnival 2020 on September 2020.

 

 

Leave a Reply