Pengenalan

Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Pusat Jaminan Kualiti Dan Akreditasi

Pengenalan

     Pusat Pengurusan dan Jaminan Kualiti (PPJK) dahulunya dikenali dengan Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi (PUJAKA) telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 untuk mengurus dan menjamin hal ehwal kualiti, khususnya kualiti akademik universiti. Ia ditempatkan dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Kerusi Pengarah PUJAKA yang pertama telah disandang oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Rosli Bin Mohamad. Beliau telah mentadbir urus PUJAKA selama 2 tahun sebelum dilantik menjadi Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

    Selepas 2 tahun beliau mentadbir urus PUJAKA, kerusi Pengarah PUJAKA bertukar milik kepada YBhg. Prof. Dr. Datin Kalthum Binti Hashim. Pelantikan beliau berkuatkuasa untuk tempoh 2 (dua) tahun bermula 15 Jun 2014 hingga 14 Jun 2016. Namun tempoh perkhidmatan beliau telah mencapai peringkat umur persaraan sebelum tarikh tamat kontrak dan secara tidak langsung kerusi Pengarah PUJAKA telah bertukar milik buat kali ketiga. Kini kerusi Pengarah telah disandang oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Salihin Wong Bin Abdullah. 

     Berdasarkan penguatkuasaan Pekeliling Pentadbiran Bil. 7/2015 bertarikh 18 Mei 2015; Pelantikan Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti), PUJAKA telah diletakkan di bawah Pejabat Canselori bagi tujuan pemerkasaan semula pengurusan kualiti di UMK. Antara matlamat baharu PUJAKA adalah; 

i) Memberi fokus kepada pendekatan kualiti yang lebih terancang dan menyeluruh kepada Sistem Pengurusan Kualiti UMK;

ii) Memantapkan Kualiti Tadbir Urus Pentadbiran dan Hal Ehwal Akademik UMK seiring dengan standard dan piawaian nasional dan antrabangsa; dan

iii) Sebagai sebuah pusat yang bertanggungjawab menyelaras dan memantapkan segala hal ehwal berkaitan kualiti dari semasa ke semasa.

     Bagi merealisasikan matlamat baharu PUJAKA, satu (1) kertas kerja penstrukturan semula PUJAKA telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 9/2015 (Kali ke-145) bertarikh 9 September 2015. Melalui mesyuarat tersebut, penjenamaan PUJAKA kepada PPJK telah diluluskan. Selain itu, struktur fungsi PPJK dibahagikan kepada tiga (3) unit seperti di bawah turut dipersetujui:

i) Unit Kualiti Tadbir Urus dan Akreditasi

ii) Unit Audit; dan

iii) Unit Integriti

     Sebagai sebuah pusat yang baharu, PPJK dalam usaha meletakkan tanda aras kualiti yang bersesuaian dan terbaik untuk dijadikan panduan oleh Universiti.

 

HUBUNGI KAMI

PUSAT JAMINAN KUALITI DAN AKREDITASI

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

KARUNG BERKUNCI 36, PENGKALAN CHEPA

16100 KOTA BHARU

KELANTAN.

TELEFON : 09-771 7210/7284  l FAKS : 09-771 7232

EMAIL : pjka@umk.edu.my